Friday, December 28, 2012

Jawatan Kosong Kerajaan (Kumpulan Sokongan II)

Hai...iklan kejap..ni bukan iklan berkaitan dengan AiDEAR, tapi sekadar mewar-warkan kepada kawan-kawan tentang jawatan kosong SPA untuk jawatan PEMBANTAU TADBIR KEWANGAN (W17) dan PEMBANTU ANTIDADAH (S17).. Sesiapa berminat, bolehlah mencuba...manalah tau tahun 2013 ni ada rezeki kan...

Thursday, December 27, 2012

Buaian Berendoi Terbaru ~ ala-ala Cinderella....

Hai, arini AiDEAR nak tunjukkan buaian berendoi terbaru AiDEAR...masih dibungkus plastik tu..memang baru..tak taulah siapa yang bakal bertuah untuk menggunakannya buat kali pertama... Ni AiDEAR tunjuk sikit gambar die...tapi sorry la sebab kabur sikit... Buainya ala-ala kereta cinderella gituu...



So, sape-sape yang plan-plan nak buat majlis berendoi dalam bulan 1 nie, kalau kene tarikhnya, kita bolehlah 'kaw tim', AiDEAR bagi harga spesel sempena pengenalannya.. :).. Sape-sape macam berminat tu, leh la call AiDEAR 012-6522184, boleh bincang-bincang maaa.... hihihi

Friday, December 21, 2012

Bunga Telur Teddy Bear ~ Tema Merah

Assalamualaikum...Hai semua... Harini AiDEAR nak update sikit tentang Bunga Telur Teddy Bear yang AiDEAR buat setelah lama jugak kot sepi dengan bunga telur ni... AiDEAR juga nak minta maaf kepada customer yang tak dapat AiDEAR nak sampaikan hajat mereka nak kan bunga telur ni kerana kesuntukan masa dan kesibukan sedikit dengan urusan keluarga...huhu.. tapi insyaAllah, kalau boleh tempah awal, kami tidak akan menolak tempahan anda... ni contoh terbaru yg dah AiDEAR siapkan, Bunga Telur Teddy Bear tema warna merah... Majlisnye masa cuti 'kismes' ni rasanya... hehe :)





Thursday, December 13, 2012

7 Konsep Tudung Islamik

Ibu-ibu, akak-akak, adik-adik, jom kita menutup aurat secara sempurna jom. Buat sahabat-sahabat yang sayangkan saudara-saudara kita ni, kita dakwah mereka secara hikmah ek.

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” (Al Ahzab:59)




Sumber: Fanpage Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, December 10, 2012

Gubahan Hantaran Pertunangan

Semalam AiDEAR telah pergi ke Majlis Pertunangan Mohd Hazrain dengan Ida Rahayu di Meru, Kelang.. Hazrain ni sebenarnya abang AiDEAR, so semua gubahan hantaran dah tentulah diserahkan kepada AiDEAR untuk uruskan.. Inilah hasilnya..mungkin tak seberapa kerana masih dalam proses belajar..belajar daripada pengalaman juga kan..hehe







Untuk tengok semua gubahan, silalah ke page Facebook AiDEAR Wedding Concept... banyak lagi ada di sana...


Banner untuk Promosi AiDEAR sudah siap!!!


Post ni xde pape pun sebenarnya...hehe..saje je nak post jugak..nak tunjuk banner terbaru daripada AiDEAR untuk promosi... Tengah cari kedai printing yang offer harga paling rendahhhhh... :).. Boleh print lebih sikit kalau murah..hehe

Cenderahati Frame gambar

Bos nak pencen? Birthday kawan baik? Tapi tak tau nak bagi hadiah ape... AiDEAR ada satu cadangan... Anda boleh try bagi Frame dengan design gambar anda bersama...Sesiapa berminat untuk menempah, bolehlah call 012-6522184 ~ Anda beri gambar, kami design, kami print, kami frame, anda beri sebagai cenderahati... Ni ada satu contoh yang baru AiDEAR buat aritu...




Friday, December 7, 2012

Gubahan Hantaran untuk Majlis Pertunangan


Lamanya tak update blog ni... Biziii sangat gamaknya... So, kali ini diupdate la sikit walaupun sebenarnya gubahan hantaran ni bukanlah baru sangat...hehehe

Saturday, October 20, 2012

Homestay ~ Bandar Baru Bangi


Homestay di Seksyen 16,Bandar Baru Bangi... Berdekatan dgn pusat bandar baru bangi. Area senang utk cari makanan, berhampiran medan selera, pasar malam (selasa dan sabtu)...5 minit ke UKM, 10 minit ke GMI, MFI, KPTM Bangi.. Sesuai untuk keluarga yang menginap untuk menghadiri Konvokesyen atau menghantar org kahwin... Hubungi 019-6374707 (Azmi) atau 012-6522184 (Hidayah) untuk sebarang pertanyaan...

Thursday, September 20, 2012

Majlis Perkahwinan Mirzan & Raihan

AiDEAR menampilkan rekaan mini pelamin yang ~Simple & Sweet~ sangat sesuai untuk pengantin yang inginkan sesuatu yang sederhana tetapi tetap cantik...

Mini Pelamin ~ tema Biru Turqoise + Silver + Pink
Simple & Sweet
Perarakan Raja Sehari
Pasukan Kompang Jalan Bomba, Tanjung Karang
Gambar kenangan bersama sanak saudara
Untuk melihat lebih banyak gambar, sila layari ke photo album "AiDEAR Wedding Concept"

Friday, September 14, 2012

Goodies Bag ~ Pelbagai Corak, Warna dan Custom Design Sticker...

Bosan dengan paper bag biase? Asyik-asyik corak kerawang-kerawang, terima kasih, love dsb.. hehehe.. Kali ni, AiDEAR bagi satu alternatif baru kepada mereka yang nak buat majlis.. Tak kisah lah majlis ape; kahwin, tunang, besday, cukur jambul atau kenduri doa selamat ke, kalau rasa nak kelainan sikit, boleh lah cuba produk terbaru AiDEAR ni... goodies bag yang simple tapi cute..hehe.. Sticker tu pun boleh custom untuk anda tulis pape yang anda nak... kat bawah ni ada beberapa contoh...




Kalau berkenan, nak tanya pape ke, atau memang rasa nak tempah, bolehlah hubungi kami di 012-6522184, cakap dengan Pn.Hidayah untuk consult design ape, tema ape atau sticker nak tulis ape... :).. Terima Kasih..

Wednesday, September 12, 2012

Dah lama tak hias cup cake...

Rasa-rasanya dah lama AiDEAR tak menghias cup cake...mungkin memang sebab AiDEAR memang dah tak berapa tumpu pada buat cup cake.. Raya haritu pun just buat kuih raya je... Ni adalaa beberapa contoh cup cake yang pernah AiDEAR buat sebelum ni...


Dah agak lama sebenarnya AiDEAR tidak mengikuti perkembangan design cup cake terkni sebab lebih banyak tertumpu kepada Buaian Berendoi, Goodies dan Bunga Telur.. Baru-baru ni, ada pulak permintaan...tapi, sekadar cup cake kosong..Namun, oleh kerana permintaan daripada customer, AiDEAR tetap membuatnya dengan sebaik mungkin... ;)




Saturday, September 8, 2012

Projek "Janda Baik"

Waaaa, tajuk post ni pun lain macam.. Sebenarnya minggu ini, AiDEAR telah ke Janda Baik, Pahang untuk menyempurnakan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul tiga baby boy iaitu;


Itu ialah design sticker pada "goodies bag", cantik tau, cute... hehehe.. Kalau tak percaya boleh tengok full view kat bawah ni;


Selain tu, ada juga tempahan Bunga Telur Teddy Bear yang spesel daripada AiDEAR Gift & Souvenir. Dah tentulah temanya Biru Putih sebab baby boy... Ni ada beberapa gambarnya;





Dan yang terakhir, tentulah design AiDEAR Buai Berendoi... Ini merupakan kali pertama AiDEAR buat untuk tiga baby serentak...

Tiga Buaian tema Biru-Putih

Buai tengah tu spesel sikit..hehe



Teddy Bear tengah intai untuk mencuri kurma...hehehe
Hasil tangan orang Janda Baik..kreatif kan
Buaian di bawah khemah di hadapan rumah

Untuk melihat lebih banyak gambar-gambar yang menarik seperti dibawah......


Jemput ke page AiDEAR Buai Berendoi...


Tuesday, August 14, 2012

Name Card baru...

Yehh..sempena hari raya ni..AiDEAR dah ready dengan name card baru....hehehe... Ingat hati nak buat sampul duit raya sekali, tapi macam dah tak sempat nak print jek..huhu

Friday, August 3, 2012

Design terbaru Buai Berendoi daripada AiDEAR

Ini merupakan design terbaru AiDEAR Buai Berendoi khusus untuk si manja anda. Abadikan kenangan Majlis Cukur Jambul anda bersama rekaan buaian daripada kami. Ringkas tetapi menarik dan yang paling penting adalah ekonomi untuk anda...Kami menawarkan pakej-pakej dengan harga yang menarik dan insyaAllah akan memuaskan hati anda... Lawati Facebook AiDEAR Buai Berendoi untuk keterangan lanjut atau hubungi terus Pn.Hidayah di talian 012-6522184 untuk booking tarikh anda...






Thursday, August 2, 2012

Promosi Hari Raya ~ Headband, Brooch, Hair Clip dan banyak lagi !!!

AiDEAR Collection menawarkan pelbagai rekaan eksklusif dan istimewa Headband untuk si manja anda bergaya pada hari raya ini... Dapatkan semua rekaan terbaru ini hanya di AiDEAR Collection.. Lawati Facebook AiDEAR Collection untuk melihat pelbagai tawaran dan produk yang disediakan.

 
Ainul Irdina menggayakan Headband AiDEAR Collection

Terdapat pelbagai rekaan brooch yang cute dan menarik...


Semua ini dan banyak lagi, hanya di Facebook AiDEAR Collection.. Jangan ketinggalan...